Tuesday 25 June 2013

Kuih Bahulu Tradisi (resepi Mak Lang)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya ingin berkongsi kepada semua tentang cara membuat kuih bahulu. Saya tahu ramai orang di luar sana yang lebih arif dalam pembuatan kuih bahulu, boleh mintak ajar kalau silap tetapi saya ingin berkongsi pada hari ini mengenai resepi Mak Lang saya.

Kuih bahulu merupakan kuih tradisional yang sudah lama terkenal di Malaysia ini. Kuih ini menjadi kelaziman bagi masyarakat kita untuk dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis.

Pembuatan kuih bahulu ini mudah dan hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati seperti tepung gandum, telur dan gula. Namun, perbezaan bagi setiap bahulu yang dihasilkan adalah pada sukatan dan teknik pembakaran bahan-bahan asas pembuatan bahulu tersebut. 

Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pemuatan kuih bahulu juga sudah berbeza berbanding zaman dahulu. Jika dahulu, orang perlu berpenat lelah bagi menggaulkan bahan-bahan asas seperti tepung gandum, telur dan gula. Selain itu, mereka turut membakar adunan di atas bara api dan  perlu diselubungi asap yang menyesakkan. Namun kini tidak lagi, dengan penggunaan luas oven dan mixer dalam dunia masakan masa kini, pembuatan kuih bahulu tidak lagi seperti dahulu. Kini, kuih yang dahulunya memerlukan masa yang lama telah dapat disingkatkan dan bahulu turut dapat dihasilkan dengan jumlah yang lebih banyak.

Setelah banyak berceloteh, mari kita lihat cara-cara pembuatan kuih bahulu.

Resepi Kuih Bahulu Mak Lang

 Bahan-bahan (untuk 100 biji bahulu)

Tepung gandum (dalam 250g)

Telur (10 biji)

Gula (400g)

Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)

Cara-cara membuat:


  1. Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat
  2. Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter
  3. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi
  4. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa
  5. Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)
  6. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang. 
  7. Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
  8. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut. 
  9. Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.
  10. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.
  11. Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
  12. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas. 
  13. Selesai membuat kuih bahulu.  :)

*Kuih bahulu ini juga sesuai untuk di makan bersama teh atau kopi tau..



Tambahan lagi, saya turut menyediakan tempahan bagi kuih bahulu Mak Lang ini. Kami menerima tempahan bagi apa jua majlis seperti majlis perkahwinan, majlis cukup jambul, majlis kenduri doa selamat, tempahan hari raya ataupun untuk makan-makan. 

Harga bagi untuk tempaha bahulu adalah: RM13 untuk 50 biji dan RM25 untuk 100 biji
Untuk tempahan selain bahulu cermai turut disediakan


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI
IZWAN: 014-6470241 
CALL/SMS/WHATSAPP

Untuk penghantaran boleh dihantar ke sekitar Lembah Klang (stesen LRT/KTM/monorel lebih  mudah) dan perkhidmatan pos turut dilakukan untuk tempahan luar daripada Lembah Klang. 

terima kasih kerana membaca...

28 comments:

  1. lau nak tempah bahulu pecah 8, brp RM? miezura82@gmail.com

    ReplyDelete
  2. kalau x ada bekas bahulu blehh buat dlam apa lagi ye...

    ReplyDelete
  3. Boleh buat dalam hati. Hehe... :)

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih kerana share recipi....Alhamdulillah ♡ :)

    ReplyDelete
  5. telur gred apa ye?mohon share resepi mak long yg meletop ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. Tgk pada kuning n kuantiti putih telor mcm gred A

    ReplyDelete
  7. Tgk pada kuning n kuantiti putih telor mcm gred A

    ReplyDelete
  8. Tgk pada kuning n kuantiti putih telor mcm gred A

    ReplyDelete
  9. nmpk sdap.. nk try la nnt.. tq

    ReplyDelete
  10. Kalo telur ayam tak ada bole tak pakai telur itik..telur itik besar sikit

    ReplyDelete
  11. Kalo telur ayam tak ada bole tak pakai telur itik..telur itik besar sikit

    ReplyDelete
  12. Kalo telur ayam tak ada bole tak pakai telur itik..telur itik besar sikit

    ReplyDelete
  13. dah lama cari resepi bahulu original ni..sbb dlu mse buat dgn atok mmg igt pakai 3bahan ni je..mmg sedap lain dr bahulu yg dibeli..t.kasih sebab share yer..hari ni jgk buat bmni..hehe

    ReplyDelete
  14. Wah dah buat bisness bolih bagi resepi lagi. Jarang2 ade org yg bg resepi jika buat bisness. Setinggi2 t/kasih kpd Mk Lang semoga business anda bertambah maju dan dimurahkan rezeki dan dipemudahkan segala urusan anda...amin..amin..amin

    ReplyDelete
  15. Terima kasih sis..berniaga tapi masih bolih beri resepi lagi. Moga permudahkan urusan perniagaan anda dan dimurahkan rezeki..amin..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Mak lang saya minta izin guna resepi dan cuba. jika menjadi saya minta izin utk berniaga. Syukran mak lang

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. terima kasih mak lang bagi resepi.... saya dah cuba memang sedap.. gebu sangat.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  20. Knape sy buat jdi melekat... padahal sy ikut btul2 resepi sis

    ReplyDelete