Saya ingin berkongsi kepada semua tentang cara membuat kuih bahulu. Saya tahu ramai orang di luar sana yang lebih arif dalam pembuatan kuih bahulu, boleh mintak ajar kalau silap tetapi saya ingin berkongsi pada hari ini mengenai resepi Mak Lang saya.
Kuih bahulu merupakan kuih tradisional yang sudah lama terkenal di Malaysia ini. Kuih ini menjadi kelaziman bagi masyarakat kita untuk dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis.
Pembuatan kuih bahulu ini mudah dan hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati seperti tepung gandum, telur dan gula. Namun, perbezaan bagi setiap bahulu yang dihasilkan adalah pada sukatan dan teknik pembakaran bahan-bahan asas pembuatan bahulu tersebut.
Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pemuatan kuih bahulu juga sudah berbeza berbanding zaman dahulu. Jika dahulu, orang perlu berpenat lelah bagi menggaulkan bahan-bahan asas seperti tepung gandum, telur dan gula. Selain itu, mereka turut membakar adunan di atas bara api dan perlu diselubungi asap yang menyesakkan. Namun kini tidak lagi, dengan penggunaan luas oven dan mixer dalam dunia masakan masa kini, pembuatan kuih bahulu tidak lagi seperti dahulu. Kini, kuih yang dahulunya memerlukan masa yang lama telah dapat disingkatkan dan bahulu turut dapat dihasilkan dengan jumlah yang lebih banyak.
Setelah banyak berceloteh, mari kita lihat cara-cara pembuatan kuih bahulu.
Resepi Kuih Bahulu Mak Lang
Bahan-bahan (untuk 100 biji bahulu)Tepung gandum (dalam 250g)
Telur (10 biji)
Gula (400g)
Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)
Cara-cara membuat:
- Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat
- Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter
- Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi
- Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa
- Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)
- Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang.
- Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
- Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut.
- Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.
- Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.
- Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
- Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas.
- Selesai membuat kuih bahulu. :)
*Kuih bahulu ini juga sesuai untuk di makan bersama teh atau kopi tau..
Tambahan lagi, saya turut menyediakan tempahan bagi kuih bahulu Mak Lang ini. Kami menerima tempahan bagi apa jua majlis seperti majlis perkahwinan, majlis cukup jambul, majlis kenduri doa selamat, tempahan hari raya ataupun untuk makan-makan.
Harga bagi untuk tempaha bahulu adalah: RM13 untuk 50 biji dan RM25 untuk 100 biji
Untuk tempahan selain bahulu cermai turut disediakan
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI
IZWAN: 014-6470241
CALL/SMS/WHATSAPP
Untuk penghantaran boleh dihantar ke sekitar Lembah Klang (stesen LRT/KTM/monorel lebih mudah) dan perkhidmatan pos turut dilakukan untuk tempahan luar daripada Lembah Klang.
terima kasih kerana membaca...